Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perlis

Tarikh : 7 Julai 2023 (Jumaat)

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perlis

Lawatan YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perlis. Lawatan ini telah disambut oleh YDH SAC Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Perlis. Turut hadir YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan).

Pada lawatan ini, sesi perbentangan berkaitan struktur Organisasi PDRM Kontinjen Perlis, kadar Jenayah di Negeri Perlis dan keselamatan awam telah disampaikan oleh ACP Azizan bin Tukiman, Ketua Jabatan Pengurusan, SUPT Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) dan DSP Mohd Anwar bin Junoh, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam.

Turut bersama Encik Ahmad Ibrahim Bin Mohd Tayib, Setiausaha Bahagian Unit Pengurusan Korporat Dan Integriti, Pegawai-Pegawai Kanan Polis IPK Negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR