MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN UTAMA DAN ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT NEGERI PERLIS SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-82 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

Tarikh : 17 Mei 2025 (Sabtu)

Lokasi : Istana Arau, Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Istana Arau Perlis. Turut berangkat mengiringi, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perlis, YB Speaker DUN Perlis, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis dimulai dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama yang dijalankan dengan penuh disiplin dan penghormatan, menandakan simbol kedaulatan serta penghormatan Tertinggi kepada pemimpin Tertinggi Negeri dan Tembakan Kehormatan Artileri sebanyak 21 das.

Seusai itu, Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Perlis telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Arau. DYMM Tuanku Raja Perlis juga telah berkenan untuk mengurniakan Darjah – Darjah Kebesaran (Sesi Pertama) kepada 25 penerima yang juga suatu jumlah simbolik yang dipilih bersempena Sambutan Jubli Perak bagi meraikan 25 tahun pemerintahan Baginda yang disambut bermula pada 17 April 2025 hingga 16 April 2026.

Hadir sama dalam majlis Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Negeri Perlis dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR