MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI BAS.MY KANGAR

Tarikh : 28 Julai 2025 (Isnin)

Tempat : Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Bas.My Kangar di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Munia Yan, Ketua Setiausaha Kementerian Pegangkutan Malaysia, YB Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pengangkutan), YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Azlan Shah bin Al Bakri, Ketua Pengarah APAD, YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Program Transformasi Bas Berhenti-henti (Stage Bus Service Transformation, SBST) merupakan inisiatif bagi menambahbaik perkhidmatan bas dari aspek kemampanan, kebolehharapan (reliability) & meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kos sebanyak RM39.70 juta untuk tempoh 5 tahun atau RM7.94 juta setahun.

Pelaksanaan program BAS.MY di Kangar merangkumi keseluruhan Negeri Perlis dengan 9 laluan bas di bawah program SBST Kangar serta turut menghubungkan bandar Kangar dan bandaraya Alor Setar. Laluan bas program SBST Kangar kini dikenali sebagai BAS.MY Kangar dengan rekacorak bas yang berwarna merah jambu yang lebih ceria dan menatik perhatian. Pengoperasian perkhidmatan BAS.MY Kangar digerakkan dengan 24 buah bas merangkumi 20 buah bas mini dan 4 buah bas mini low floor. Perkhidmatan BAS.MY Kangar dilengkapi dengan alat penghawa dingin, peralatan berteknologi seperti sistem GPS dan sistem tiket elektronik serta CCTV bagi tujuan keselamatan.

BAS.MY Kangar memperkenalkan sistem pembayaran tambang tanpa tunai menggunakan kad debit/kredit atau pembayaran e-wallet melalui QR code. Selain itu, pengguna BAS.MY Kangar warganegara Malaysia turut ditawarkan kemudahan Kad 30 Hari BAS.MY melalui langganan pas bernilai RM50 untuk perjalanan tanpa had selama 30 hari, selain tambang percuma kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, pelajar sekolah dan siswa melalui Kad Konsesi BAS.MY
YB Menteri Pengangkutan dan YAB Menteri Besar Perlis telah menyempurnakan simblik perasmian Pelancaran Program Transformasi Perkhdmatan Bas Henti-Henti Bas.My Kangar dan walkabout pameran serta dibawa menaiki Bas.My Kangar.

Hadir sama dalam majlis ini, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-pegawai Kanan MOT, APAD, MARA dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR