MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 3 TAHUN 2026
Tarikh : 08 Jun 2026 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 3 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis turut berkongsi mengenai Sesi Sembang Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Pegawai Muda Negeri Perlis yang telah diadakan sebelum ini. Perkongsian tersebut menyentuh mengenai peranan perkhidmatan awam serta tanggungjawab penjawat awam muda dalam mendepani cabaran masa hadapan. Turut ditekankan ialah penghayatan terhadap nilai-nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemanusiaan, integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan sebagai asas dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berdaya saing.
Dalam mesyuarat ini, YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Puan Nurul Hana binti Mohd Sayuti, Timbalan Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.
Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Encik Mohammad A’sim bin Md Ali. Pengarah, Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Puan Wan Noraini binti Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Pemantauan), ICU JPM Perlis, Encik Che Rasaidi bin Che Yob, Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan), JPN Perlis, Encik Sallehuddin bin Saad, Penolong Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah), JPN Perlis, Puan Aida Farihah binti Mansor, Pegawai Teknologi Makanan, JKN Perlis dan Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

