MAJLIS RAMAH MESRA DAN AMANAT YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERLIS BERSAMA WARGA KERJA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS TAHUN 2026
Tarikh : 7 Julai 2026 (Selasa)
Tempat : Dewan MPK Arau (Dewan Sivik)
YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Dan Amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis Bersama Warga Kerja Majlis Perbandaran Kangar, Perlis Tahun 2026 yang diadakan di Dewan MPK Arau (Dewan Sivik). Turut hadir ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Izizam Bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Perumahan, Kerajaan Tempatan) dan Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.
Penganjuran majlis ini bertujuan memberi ruang kepada YAB Menteri Besar Perlis menyampaikan amanat serta hala tuju Kerajaan Negeri kepada seluruh warga kerja MPKangar di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan Kerajaan Negeri, pihak pengurusan dan warga kerja MPKangar. Majlis ini turut menjadi platform untuk menyuntik semangat, meningkatkan motivasi dan komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.
Dalam amanatnya, YAB Menteri Besar Perlis menyeru seluruh warga MPKangar agar terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, mengamalkan tadbir urus yang baik serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi memenuhi aspirasi rakyat dan pembangunan Negeri Perlis. Beliau turut menekankan kepentingan kesepaduan, kerjasama berpasukan serta usaha berterusan dalam memperkasakan peranan pihak berkuasa tempatan sebagai pemacu pembangunan dan penyedia perkhidmatan yang cekap, responsif serta berwibawa.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang terlibat dalam Pertandingan Kereta Berhias, penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta penyampaian cenderahati kepada para pesara sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada Majlis Perbandaran Kangar.
Hadir sama pegawai-pegawai kanan MPK, Kakitangan MPK dan wakil-wakil jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook


